Pengenalan MIV DTT (Malaysian ICT Volunteer Digital Terrestrial Television)

7 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

6 Oktober 2019, Ahad – Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah terpilih untuk menjadi hosting bagi Pengenalan MIV DTT. Program MIV DTT ini merupakan program usahasama diantara Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan Pusat Internet Putrajaya dalam menyampaikan maklumat berkaitan Televisyen terestrial digital (DTT) dan penutupan siaran TV analog (ASO) kepada komuniti tempatan. Antara Pusat Internet yang terlibat adalah Pusat Internet Presint 9 Fasa 3, Pusat Internet Presint 16 dan Pusat Internet Presint 16. Seramai 7 orang sukarelawan MIV DTT dan 5 orang staff Pusat Internet telah terlibat dalam program taklimat ini.

Objektif taklimat ini diadakan adalah bagi memberi penerangan kepada sukarelawan dan staff Pusat Internet mengenai MIV DTT. Taklimat dikendalikan oleh pihak SKMM iaitu Puan Amy Harlina daripada SKMM CRO. Program ini dimulakan pada pukul 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas